Apa Maksud Semak Nilai Rumah Flat Kos Rendah?
Semak nilai rumah flat kos rendah ialah proses membaca nilai pasaran semasa berdasarkan bukti jual beli, keadaan bangunan, pinjaman bank yang mungkin diluluskan, serta kelayakan pembeli yang biasanya lebih sensitif untuk segmen harga mampu milik.
Untuk flat kos rendah, nilai tidak boleh berpandukan “rumah sebelah iklan berapa” sahaja. Ada flat nampak murah tetapi susah lepas loan. Ada flat nampak lama tetapi masih ada permintaan kerana lokasi dekat tempat kerja, sekolah, pasar, hospital, laluan bas atau akses ke bandar.
Sebab itu semakan yang kemas perlu jawab 5 soalan utama: berapa transaksi sebenar kawasan, berapa bank boleh nilai, siapa pembeli yang layak, adakah unit ada sekatan, dan berapa harga paling realistik untuk dapat enquiry berkualiti.