Adi Zaini · Hartanah Johor
Senior Negotiator · REN27528
Jual Rumah atau Refinance

Jual rumah atau refinance? Jangan pilih sebelum nampak angka sebenar.

Rumah anda mungkin ada equity. Tetapi keputusan yang nampak “best” pada awalnya boleh mengikat anda lebih lama jika baki pembiayaan, kos, tunai bersih dan komitmen baharu tidak dibaca sekali.

Soalan sebenar pemilik “Kalau rumah saya macam ni, patut saya jual, refinance atau pegang dahulu?”
17+ tahun Pengalaman hartanah dan transaksi Johor.
2,500+ Pemilik menerima semakan dan panduan.
1,000+ Transaksi dan kes pernah dikendalikan.
200+ Rangkaian ejen untuk capaian pembeli.
Sebelum pilih jalan

Jual rumah atau refinance bukan soalan pertama.

Soalan pertama ialah: apa sebenarnya yang sedang menekan rumah anda sekarang? Baki tinggi, komitmen bulanan, perlukan tunai, rumah lama tak terjual atau dokumen belum bersedia?

01

Baki pembiayaan masih tinggi

Harga rumah nampak tinggi belum tentu bermaksud tunai bersih anda tinggi. Redemption dan kos transaksi perlu masuk dalam kiraan.

02

Rumah lama tidak terjual

Punca mungkin bukan kekurangan iklan. Nilai, presentation, pembeli tidak layak, dokumen atau capaian pasaran mungkin menjadi bottleneck.

03

Mahu cash tetapi sayang nak jual

Refinance mungkin relevan, tetapi hanya apabila tujuan tunai, kelayakan dan komitmen baharu masih masuk akal.

04

Fail rumah bukan kes standard

LPPSA, pusaka, nama bersama, consent negeri, strata, kaveat atau geran belum keluar boleh mengubah laluan transaksi.

Jual rumah atau refinance di Johor bersama Adi Zaini REN27528
Satu rumah boleh menghasilkan keputusan kewangan yang sangat berbeza bergantung pada nilai, baki dan matlamat pemilik. Sebelum membuat keputusan, bandingkan kedudukan selepas semua angka utama dan risiko transaksi diperiksa.
Satu rumah · tiga kemungkinan

Jual rumah atau refinance? Kadang-kadang jawapan terbaik ialah jangan buat kedua-duanya dulu.

Adi tidak bermula dengan memaksa satu pilihan. Rumah dibaca berdasarkan matlamat, nilai, baki pembiayaan, komitmen dan perkara yang perlu diselesaikan.

Pilihan 01

Jual

Lebih relevan apabila matlamat utama ialah melepaskan aset atau komitmen.

  • Mahu tutup pembiayaan semasa
  • Mahu kurangkan komitmen bulanan
  • Mahu tukar aset kepada tunai bersih
  • Rumah sudah tidak diperlukan
  • Mahukan clean exit daripada hartanah
Pilihan 02

Refinance

Lebih relevan jika rumah masih mahu disimpan dan pembiayaan baharu benar-benar membantu.

  • Masih mahu menyimpan rumah
  • Ada tujuan jelas untuk tunai
  • Nilai memberi ruang munasabah
  • Komitmen baharu masih mampu
  • Kelayakan pembiayaan sesuai
Pilihan 03

Pegang dahulu

Jangan paksa transaksi jika kedua-dua pilihan belum memperbaiki kedudukan anda.

  • Baki terlalu hampir dengan nilai
  • Dokumen belum bersedia
  • Tunai bersih terlalu kecil
  • Refinance menambah tekanan bulanan
  • Menjual sekarang belum menyelesaikan masalah
01 Nilai rumah

Mulakan dengan rujukan nilai yang munasabah berdasarkan lokasi, jenis rumah, transaksi relevan dan keadaan unit.

02 Baki pembiayaan

Berapa yang masih perlu diselesaikan jika pinjaman lama ditutup?

03 Tunai bersih

Harga jual atau jumlah pembiayaan baharu bukan jumlah yang akhirnya tinggal kepada anda.

04 Komitmen selepas keputusan

Selepas jual atau refinance, aliran bulanan menjadi lebih ringan atau sebenarnya semakin berat?

Kenapa pemilik pilih Adi

Bukan sekadar cari pembeli. Cari punca yang boleh buat transaksi gagal.

Nilai, baki pembiayaan, kelayakan pembeli, dokumen, pemasaran, bank dan peguam saling berkait. Sebab itu fail perlu dibaca sebagai satu keseluruhan.

Kelebihan Adi bukan sekadar “boleh jual rumah”. Fokusnya ialah nampakkan apa yang perlu diselesaikan sebelum pemilik membuang masa atau membuat keputusan mahal.
01

Semak sebelum bergerak

Nilai rumah, baki pembiayaan dan matlamat dibaca dahulu sebelum menentukan laluan.

02

Faham nombor transaksi

Bukan melihat harga iklan sahaja. Fokus diberi kepada kedudukan kewangan selepas transaksi.

03

Tapis pembeli lebih awal

Deposit, pendapatan, komitmen dan kesesuaian pembiayaan diperiksa supaya masa tidak banyak terbazir.

04

Faham kes kompleks

LPPSA, pusaka, consent negeri, strata, kaveat dan geran belum keluar memerlukan laluan berbeza.

05

Marketing dengan tujuan

Foto, video, iklan digital dan rangkaian ejen digunakan untuk mencari buyer yang relevan, bukan sekadar menambah view.

06

Urusan dari A–Z

Dari semakan awal hingga pembeli, pembiayaan, peguam, redemption dan serahan.

Apa beza cara kerja

Iklan datang kemudian. Diagnosis rumah datang dahulu.

Lebih banyak iklan tidak akan menyelesaikan masalah nilai, kelayakan atau dokumen yang tidak dikenal pasti dari awal.

Nilai rumah
Cara biasa Letak harga berdasarkan apa yang pemilik mahu.
Cara Adi Baca rujukan pasaran, transaksi relevan dan keadaan hartanah.
Pembeli
Cara biasa Semua enquiry dianggap buyer.
Cara Adi Kesediaan, deposit dan kelayakan diperiksa lebih awal.
Dokumen
Cara biasa Tunggu dapat buyer baru cari dokumen.
Cara Adi Kenal pasti isu transaksi sebelum ia menjadi roadblock.
Keputusan
Cara biasa Ada rumah, terus cuba jual.
Cara Adi Jual, refinance atau pegang dahulu dibanding mengikut keadaan.
Adakah Adi boleh bantu masalah saya?

Kalau situasi anda ada di sini, memang patut semak sebelum buat keputusan.

Tidak semua kes memerlukan langkah yang sama. Tetapi lebih cepat bottleneck dikenal pasti, lebih jelas apa yang perlu dibuat selepas itu.

Kes 01

Baki loan masih tinggi

Tidak pasti sama ada harga rumah cukup untuk menutup baki dan kos.

Semak nilai + redemption + hasil bersih.
Kes 02

Rumah lama tidak terjual

Banyak enquiry tetapi tiada offer, buyer gagal pembiayaan atau iklan tidak bergerak.

Audit semula keseluruhan fail.
Kes 03

Rumah LPPSA

Tidak pasti tentang baki, redemption dan perjalanan dokumen.

Susun laluan sebelum pemasaran bergerak jauh.
Kes 04

Pusaka atau nama bersama

Ada waris, pentadbir, kaveat atau lebih daripada satu pihak terlibat.

Kenal pasti pihak dan dokumen terlebih dahulu.
Kes 05

Mahu refinance untuk tunai

Rumah masih mahu disimpan tetapi tidak pasti berapa ruang sebenar yang ada.

Banding potensi tunai dengan komitmen baharu.
Kes 06

Consent, strata atau geran belum keluar

Rumah mungkin boleh dijual, tetapi dokumen tertentu memerlukan proses tambahan.

Semak laluan dokumen dari awal.
Cara semakan

Anda beri maklumat rumah. Kita cari jawapan yang lebih jelas.

01 Maklumat rumah

Lokasi, jenis, keluasan, pegangan dan keadaan asas.

02 Rujukan nilai

Lokasi mikro, transaksi relevan serta rujukan pasaran seperti JPPH dan NAPIC digunakan untuk panduan awal.

03 Baki pembiayaan

Baki semasa membantu melihat kedudukan selepas pembiayaan lama diselesaikan.

04 Matlamat anda

Mahu cash, kurangkan komitmen, lepaskan rumah, selesaikan pusaka atau kekalkan aset?

05 Tentukan next move

Selepas gambaran awal jelas, jual, refinance atau pegang dahulu boleh dibanding dengan lebih rasional.

FAQ pemilik

Soalan penting tentang jual rumah atau refinance.

Mana lebih baik, jual rumah atau refinance?
Tiada satu jawapan untuk semua rumah. Jual lebih relevan jika objektif utama ialah melepaskan aset atau komitmen. Refinance lebih relevan jika rumah mahu disimpan dan pembiayaan baharu masih sesuai dengan keadaan kewangan anda.
Kalau baki pembiayaan tinggi, rumah masih boleh dijual?
Mungkin boleh. Nilai rumah, redemption dan kos transaksi perlu dibanding dahulu bagi melihat sama ada hasil jualan mencukupi.
Adakah refinance sentiasa beri banyak cash?
Tidak. Ruang tunai bergantung pada nilai, baki pembiayaan lama, kelayakan, margin pembiayaan, kos dan terma institusi kewangan.
Kenapa rumah sudah lama diiklankan tetapi tak terjual?
Puncanya boleh melibatkan kedudukan nilai, presentation, jenis pembeli, kelayakan pembiayaan, dokumen atau capaian pemasaran.
Rumah LPPSA boleh dijual?
Ia boleh melibatkan penyelarasan redemption, dokumen dan proses bersama pihak pembiayaan serta peguam mengikut keadaan fail.
Apa perlu hantar kepada Adi untuk semakan awal?
Lokasi, jenis rumah, anggaran saiz, baki pembiayaan dan matlamat anda sudah memadai untuk memulakan semakan awal.
Adakah semakan awal ini valuation rasmi?
Tidak. Semakan awal ialah panduan keputusan. Valuation rasmi perlu dibuat oleh penilai berdaftar atau panel apabila diperlukan.
Jual · Refinance · Pegang dahulu

Rumah bernilai ratusan ribu. Jangan buat keputusan berdasarkan rasa-rasa.

Hantar maklumat asas rumah kepada Adi. Kita mulakan dengan satu perkara: adakah rumah anda lebih masuk akal dijual, refinance atau disimpan dahulu?

Semak Kes Rumah Saya
ADI ZAINI · SENIOR NEGOTIATOR · REN27528 · JOHOR

Kandungan ini ialah panduan umum dan bukan valuation rasmi, tawaran pembiayaan, nasihat kewangan, guaman atau cukai. Kelulusan, margin dan terma pembiayaan tertakluk kepada institusi kewangan serta keadaan pemohon.