Nak jual rumah busuk?
Jangan renovate dulu.
Kesilapan paling mahal ketika jual rumah busuk bukan kerana rumah nampak buruk. Kesilapan paling mahal ialah keluar duit membaiki perkara yang tidak membantu rumah itu terjual. Adi bantu semak apa yang patut dibuat, apa yang boleh dibiarkan, nilai yang masih boleh dipertahankan dan pembeli yang sesuai.
Hantar lokasi, jenis rumah dan beberapa foto keadaan semasa.
Jual rumah busuk masih boleh dibuat. Yang penting, baca masalah sebenar dahulu.
Ramai pemilik mahu jual rumah busuk selepas rumah kosong terlalu lama, penyewa keluar, cat sudah kusam, kabinet reput, tandas kotor, siling berbekas atau rumah dipenuhi barang lama. Semua itu memang boleh menakutkan pembeli.
Tetapi kotor tidak sama dengan rosak. Rosak pula tidak semestinya bermaksud seluruh rumah perlu direnovate. Ada masalah yang hanya mengganggu persembahan. Ada masalah yang boleh menjejaskan fungsi, pembiayaan atau keyakinan pembeli.
Sebelum pemilik mengeluarkan kos, Adi lihat keadaan rumah, lokasi, jenis hartanah, baki pembiayaan dan perkara yang benar-benar boleh menghalang transaksi.

Empat keadaan yang nampak sama, tetapi keputusan jualannya berbeza.
Untuk jual rumah busuk, jangan campurkan semua masalah menjadi satu. Asingkan dahulu apa yang hanya buruk pada mata dan apa yang benar-benar boleh mengganggu transaksi.
Kotor dan berselerak
Barang lama, habuk, bau tertutup, rumput panjang atau ruang terlalu penuh boleh membuat pembeli gagal melihat potensi sebenar rumah.
Fungsi asas bermasalah
Paip bocor, pintu rosak, kabinet reput, tandas tidak berfungsi atau siling bernoda memerlukan semakan lebih teliti.
Baki pembiayaan masih tinggi
Harga tidak boleh dipotong sesuka hati hanya kerana rumah nampak lama. Baki bank atau LPPSA dan hasil selepas jualan perlu difahami.
Rumah boleh dibersihkan. Dokumen belum tentu.
Pusaka, nama bersama, consent, sekatan kepentingan, strata atau tunggakan boleh menjadi halangan lebih besar daripada cat kusam.
Nak jual rumah busuk? Jangan jadikan renovation sebagai keputusan pertama.
Tujuan utama jual rumah busuk bukan menjadikan rumah lama kelihatan seperti unit baharu. Matlamatnya ialah memastikan pembeli boleh memahami keadaan, risiko, nilai dan potensi rumah dengan jelas.
Kadangkala pembersihan sudah memberi perubahan besar. Kadangkala satu atau dua fungsi kritikal lebih penting daripada mengecat seluruh rumah.
Ada juga situasi di mana lebih baik rumah dijual dalam keadaan semasa kepada pembeli yang memang mahu renovate sendiri.
Untuk jual rumah busuk, Adi tidak bermula dengan iklan.
Bila rumah cantik, ramai boleh ambil gambar dan pasang iklan. Bila rumah bermasalah, yang lebih penting ialah siapa boleh membaca seluruh transaksi sebelum ia tersangkut.
Diagnosis sebelum keluar duit
Adi bezakan kerja yang membantu rumah lebih mudah dijual daripada kerja yang hanya menjadikannya lebih cantik.
Nilai dibaca bersama kondisi
Lokasi, jenis lot, saiz, keadaan rumah dan rujukan transaksi dilihat bersama sebelum keputusan dibuat.
Baki pinjaman diperiksa awal
Pemilik yang mahu jual rumah busuk perlu memahami sama ada hasil transaksi masih mencukupi selepas pembiayaan diselesaikan.
Pembeli ditapis lebih awal
Kelayakan, deposit dan kemampuan pembeli mengendalikan rumah berkeadaan asal diberi perhatian sebelum proses terlalu jauh.
Dokumen tidak dibiarkan jadi kejutan
Geran, pusaka, consent, nama bersama, strata atau tunggakan dikenal pasti lebih awal jika berkaitan.
Proses dipantau sampai serahan
Viewing, rundingan, pembiayaan, penilaian, SPA, penyelesaian baki dan serahan diselaraskan mengikut peringkat.
Cari keadaan rumah anda di sini.
Setiap kes jual rumah busuk memerlukan keputusan berbeza. Ini antara situasi yang biasa memerlukan semakan lebih awal.