Situasi pemilik rumah Nusajaya
Masalah jualan selalunya berlaku sebelum iklan, bukan selepas iklan.
Menambah portal atau menukar gambar tidak menyelesaikan punca sekiranya nilai,
pembeli, dokumen atau kedudukan kewangan masih belum jelas.
Rumah lama di pasaran
Banyak pertanyaan, tetapi tiada keputusan
Masalah mungkin berlaku sebelum viewing, selepas viewing atau ketika rundingan.
Setiap tahap memberi petunjuk yang berbeza tentang harga, visual dan sasaran pembeli.
Tindakan AdiAudit iklan, harga, saingan, pertanyaan dan maklum balas viewing.
Baki pinjaman tinggi
Harga jualan belum tentu memberi baki bersih mencukupi
Baki pembiayaan, penalti jika ada, tunggakan, fi profesional dan kos berkaitan
perlu dianggarkan sebelum had rundingan ditentukan.
Tindakan AdiSusun kedudukan kewangan dan julat tawaran yang masih praktikal.
Pembeli gagal pinjaman
Booking diterima, pembiayaan tidak bergerak
DSR, CCRIS, dokumen pendapatan, deposit, margin pembiayaan atau jurang nilai bank
boleh menyebabkan transaksi berhenti walaupun pembeli kelihatan berminat.
Tindakan AdiSaringan awal dan padanan laluan bank yang lebih munasabah.
Unit strata
Banyak unit serupa bersaing dalam bangunan sama
Tingkat, pemandangan, keluasan, kondisi, yuran, tunggakan dan status penyewa
menjadi alasan utama pembeli membandingkan satu unit dengan unit lain.
Tindakan AdiBina sudut pemasaran yang menunjukkan perbezaan sebenar unit.
Rumah berpenyewa
Viewing, notis dan serahan perlu diselaraskan
Perjanjian sewa, deposit, tarikh tamat, akses viewing dan keadaan rumah perlu
diurus tanpa mengganggu hak penyewa atau menimbulkan janji yang tidak selaras.
Tindakan AdiSusun jadual, komunikasi dan syarat serahan sejak awal.
Pemilik luar kawasan
Sukar mengurus viewing dan perkembangan sendiri
Pemilik yang tinggal di negeri lain atau bekerja di Singapura memerlukan laporan,
dokumentasi dan koordinasi yang kemas supaya keputusan boleh dibuat dari jauh.
Tindakan AdiUrus foto, viewing, maklum balas, pembeli, bank dan peguam secara tersusun.
Sekatan dan consent
Hak milik mempunyai syarat yang perlu diberi perhatian
Lot Bumiputera, leasehold, sekatan kepentingan, geran belum keluar atau consent
negeri boleh mempengaruhi pembeli sasaran dan tempoh urusan.
Tindakan AdiKenal pasti dokumen dan urutan tindakan sebelum menerima booking.
Rumah pusaka
Waris bersetuju menjual, dokumen belum lengkap
Pentadbir, perintah pembahagian, nama pada geran, persetujuan waris dan tunggakan
perlu diperiksa supaya pemasaran tidak bergerak lebih cepat daripada dokumen.
Tindakan AdiSusun semakan awal bersama peguam atau pihak pusaka berkaitan.
Rumah perlu pembaikan
Tidak pasti patut membaiki atau menjual sedia ada
Tidak semua pembaikan memberi pulangan yang setara. Fokus biasanya pada perkara
yang mengurangkan keraguan pembeli, bukan renovasi besar tanpa arah.
Tindakan AdiBezakan pembaikan wajib, kosmetik dan kerja yang boleh dielakkan.