Panduan Hartanah Johor · Dikemas Kini 2026

Apa Itu Iskandar Malaysia? 5 Zon Utama Yang Pemilik Rumah Johor Wajib Tahu

Jika anda mencari jawapan untuk apa itu Iskandar Malaysia, fikirkan ia bukan sebagai satu taman atau satu bandar. Ia ialah wilayah pembangunan ekonomi selatan Johor yang menghubungkan bandar, industri, pelabuhan, pendidikan, kesihatan, pusat pekerjaan dan akses rentas sempadan dengan Singapura.

2,300 km² wilayah pembangunan
5 pihak berkuasa tempatan
5 zon utama pembangunan
9 sektor ekonomi dipromosikan
Apa itu Iskandar Malaysia dan panorama Johor Bahru dalam wilayah pembangunan ekonomi selatan Johor
Johor Bahru ialah sebahagian penting daripada ekosistem Iskandar Malaysia. Foto: Malaysia Skyline · CC BY 4.0 · Wikimedia Commons

Iskandar Malaysia ialah wilayah pembangunan ekonomi di selatan Johor yang dirancang dan diselaras bagi menghubungkan pusat bandar, pekerjaan, industri, pendidikan, pelabuhan, logistik, kesihatan dan pelaburan.

Wilayah ini meliputi kira-kira 2,300 kilometer persegi dan melibatkan lima pihak berkuasa tempatan. Jadi apabila orang bertanya apa itu Iskandar Malaysia, jawapannya bukan sekadar “Iskandar Puteri” atau “Nusajaya”.

Iskandar Puteri ialah salah satu kawasan penting di dalam Iskandar Malaysia. Johor Bahru City Centre, kawasan barat berhampiran Gelang Patah dan Tanjung Pelepas, kawasan timur Pasir Gudang serta koridor Senai–Skudai turut memainkan peranan dalam ekosistem tersebut.

Cara paling mudah membayangkannya: Iskandar Malaysia ialah ekosistem “Greater Johor Bahru” dari sudut ekonomi — tempat tinggal, pusat kerja, highway, pelabuhan, airport, universiti, hospital dan pintu masuk ke Singapura saling berkait.

Tetapi untuk pemilik rumah, satu perkara perlu jelas. Nama Iskandar Malaysia sahaja tidak menentukan market value rumah anda.

Harga rumah tetap perlu dibaca pada peringkat mikro: taman mana, jenis rumah, saiz tanah, built-up, status lot, kondisi, renovation, transaksi setempat, bank value, persaingan listing serta kemampuan buyer.

2006 Permulaan pembangunan Iskandar Malaysia sebagai wilayah ekonomi selatan Johor.
2,300 km² Keluasan wilayah berdasarkan maklumat rasmi Iskandar Regional Development Authority.
5 PBT MBJB, MBIP, MBPG, MPKu dan Majlis Perbandaran Pontian.
2 juta+ Populasi pasaran tempatan yang dilaporkan IRDA bagi 2024.
Iskandar Malaysia memberi konteks ekonomi. Harga rumah anda pula tetap ditentukan oleh data mikro.

Dua rumah yang sama-sama berada dalam Iskandar Malaysia boleh mempunyai tahap permintaan, profil buyer, kadar sewa, bank value dan tempoh jualan yang sangat berbeza.

Struktur Kawasan

Apa Itu Iskandar Malaysia Dari Sudut 5 Zon Utama?

Pembahagian lima zon membantu menerangkan fungsi ekonomi setiap koridor. Ia bukan ranking hartanah. Setiap zon mempunyai pemacu permintaan dan profil pembeli yang berbeza.

A

Johor Bahru City Centre

CBD, CIQ, Bukit Chagar, kawasan bandar matang, Danga Bay, hospital, pusat komersial dan akses Singapura. Permintaan hartanah banyak dipengaruhi akses bandar, parking, strata, kepadatan dan mobiliti rentas sempadan.

B

Iskandar Puteri

Kota Iskandar, Medini, EduCity, Puteri Harbour, Bukit Indah dan kawasan perumahan barat Johor Bahru. Permintaan lebih berkait dengan township terancang, pendidikan, kesihatan, lifestyle, landed premium dan high-rise moden.

C

Western Gate Development

Gelang Patah, kawasan sekitar Second Link dan Pelabuhan Tanjung Pelepas. Logistik, industri serta mobiliti Johor–Singapura menjadi antara pemacu penting koridor ini.

D

Eastern Gate Development

Pasir Gudang, Masai dan Tanjung Langsat mempunyai asas industri, pelabuhan, petrokimia dan logistik yang kuat. Permintaan rumah landed dan sewa banyak berkait dengan komuniti serta tenaga kerja industri.

E

Senai–Skudai

Senai Airport, UTM, Skudai, Kulai serta jaringan industri dan logistik menyokong permintaan daripada keluarga, pelajar, pekerja industri dan pembeli yang mahu akses ke NSE serta pusat pekerjaan utara JB.

Puteri Harbour Iskandar Puteri dalam kawasan Iskandar Malaysia
Contoh kawasan Iskandar Puteri

Iskandar Puteri ialah sebahagian daripada Iskandar Malaysia — bukan keseluruhan Iskandar Malaysia.

Puteri Harbour menunjukkan bagaimana satu lokasi mempunyai identiti micro market sendiri: waterfront, lifestyle, high-rise, landed premium, akses Second Link dan profil buyer yang berbeza daripada Skudai, Kulai atau Pasir Gudang.

Foto: Chongkian · CC BY-SA 4.0 · Wikimedia Commons.

Dalam konteks semasa, jawapan kepada apa itu Iskandar Malaysia juga berkait dengan Johor-Singapore Special Economic Zone atau JS-SEZ.

Pakej insentif JS-SEZ berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 untuk aktiviti pelaburan yang layak. Pada masa sama, Iskandar Malaysia mempunyai beberapa sektor ekonomi yang dipromosikan termasuk E&E, logistik, pendidikan, kesihatan, pelancongan serta perkhidmatan kewangan dan perniagaan.

Projek seperti RTS Link pula meningkatkan perhatian terhadap pergerakan antara Johor Bahru dan Singapura.

Namun, semua perkembangan ini bukan bermaksud setiap rumah akan naik harga pada kadar yang sama. Kesan kepada hartanah masih bergantung pada jarak sebenar, akses, pekerjaan, supply, jenis rumah dan kemampuan buyer.

“Ada projek besar berhampiran rumah saya” bukan alasan untuk meletakkan harga sesuka hati. Potensi masa depan perlu dipisahkan daripada harga yang pembeli dan bank mampu sokong hari ini.
Johor Causeway menghubungkan Johor Bahru dan Singapura dalam konteks apa itu Iskandar Malaysia
Hubungan Johor Bahru–Singapura ialah salah satu faktor penting yang membentuk ekonomi dan permintaan hartanah Johor Selatan. Foto: Johan Jönsson · CC BY-SA 4.0 · Wikimedia Commons
Data Mikro Kawasan

Sama-sama dalam Iskandar Malaysia. Tetapi logik pembeli tidak sama.

Selepas faham apa itu Iskandar Malaysia, pemilik perlu turun satu tahap lagi: faham micro market rumah sendiri.

Johor Bahru CBD · CIQ · Bukit Chagar · Larkin

Pemacu Permintaan

Pusat bandar, sempadan, terminal, hospital, pejabat, pusat beli-belah dan perjalanan ke Singapura.

Perlu Semak

Parking, strata, maintenance, kepadatan, akses waktu puncak, umur bangunan dan unit pesaing.

Iskandar Puteri · Medini · Puteri Harbour · Bukit Indah

Pemacu Permintaan

Township terancang, pendidikan, hospital, lifestyle, Second Link, landed premium dan high-rise moden.

Perlu Semak

Supply condo, occupancy, kadar sewa, maintenance, furnishing, view dan transaksi projek berdekatan.

Skudai · Taman Universiti · Impian Emas · Senai · Kulai

Pemacu Permintaan

UTM, Senai Airport, industri, logistik, NSE, keluarga tempatan dan pusat pekerjaan.

Perlu Semak

Usia rumah, tahap renovation, akses highway, kondisi fizikal, projek baru sekitar dan bank value semasa.

Pasir Gudang · Masai · Kota Masai · Tanjung Langsat

Pemacu Permintaan

Pelabuhan, industri, logistik, komuniti besar, landed dan keluarga bekerja.

Perlu Semak

Jarak ke industri, kondisi rumah, status lot, kemudahan harian, stok landed dan kemampuan buyer.

Gelang Patah · Tanjung Pelepas · Koridor Barat

Pemacu Permintaan

PTP, Second Link, logistik, industri, pekerjaan dan pertumbuhan bandar di barat Iskandar.

Perlu Semak

Akses harian, kemudahan, zoning, kegunaan tanah, status hak milik dan tahap kematangan kawasan.

Scenario Pemilik

Di sinilah ramai pemilik silap membaca “potensi Iskandar”.

Memahami apa itu Iskandar Malaysia memang membantu. Tetapi naratif pembangunan tidak boleh menggantikan semakan transaksi, harga, buyer profile dan bank value.

Scenario 01

Harga ikut projek masa depan

Pemilik meletakkan premium besar kerana RTS, JS-SEZ atau projek baru walaupun transaksi semasa belum menyokong harga tersebut.

Scenario 02

Banding dengan kawasan salah

Rumah di Skudai dibandingkan dengan landed premium Iskandar Puteri hanya kerana kedua-duanya berada dalam Iskandar Malaysia.

Scenario 03

Harga portal dianggap market value

Asking price pesaing dianggap bukti nilai tanpa semak transaksi, bank indication, kondisi atau berapa lama listing tersebut berada di pasaran.

Scenario 04

Banyak viewing tetapi tiada offer

Masalah boleh datang daripada harga, kondisi, presentation, buyer target atau positioning — bukan exposure sahaja.

Scenario 05

Buyer suka tetapi loan gagal

DSR, CCRIS, pendapatan, dokumen, bank yang dipilih dan kemampuan sebenar buyer perlu ditapis lebih awal.

Scenario 06

Rumah bagus tetapi cerita salah

Landed matang perlu dijual melalui saiz tanah, akses dan komuniti. Condo pula perlu menang pada facility, view, furnishing, maintenance dan kadar sewa.

Decision Guide

Empat semakan sebelum percaya rumah anda “ada potensi Iskandar”.

Lokasi sebenar

Berapa jauh rumah daripada CIQ, RTS, Second Link, pelabuhan, airport, universiti, hospital, pusat pekerjaan, sekolah dan highway? “Dalam Iskandar Malaysia” terlalu luas untuk menjadi ukuran tunggal.

Siapa buyer sebenar?

Keluarga tempatan, pekerja industri, pembeli kerja Singapura, pelajar, ekspatriat atau pelabur? Setiap profil mempunyai sebab beli dan tahap kemampuan yang berbeza.

Apa bukti harga?

Semak transaksi relevan, indikasi bank, saiz tanah, built-up, kondisi, renovation serta listing yang betul-betul bersaing dalam micro market sama.

Apa risiko transaksi?

Semak hak milik, strata, Bumi Lot, sekatan kepentingan, consent, maintenance, tunggakan, keadaan rumah dan kelayakan buyer sebelum menerima sesuatu offer.

Kenapa Pilih Adi?

Kenapa pemilik rumah wajib pilih Adi?

Kerana pemilik tidak perlukan cerita pembangunan yang sedap didengar. Pemilik perlukan orang yang boleh menterjemahkan cerita besar Iskandar Malaysia kepada keputusan sebenar untuk rumah tertentu: harga, buyer, dokumen dan strategi jualan.

Kenapa pilih Adi?

Adi Zaini REN27528 fokus pada hartanah Johor dan membaca pasaran melalui transaksi, rujukan nilai, bank indication, keadaan rumah, persaingan listing dan buyer profile — bukan harga portal semata-mata.

Adakah boleh selesai masalah saya?

Jika masalah anda ialah harga tak pasti, rumah lama tak terjual, banyak viewing tetapi tiada offer, buyer kerap gagal loan, dokumen belum tersusun atau iklan tidak menarik buyer yang sesuai, proses boleh disusun semula dari peringkat awal.

Apa beza cara kerja?

Rumah tidak terus “masuk iklan”. Nilai dan buyer target dibaca dahulu, bahan pemasaran disusun mengikut kekuatan rumah, buyer ditapis, offer dirunding dan bank serta peguam dikoordinasi.

Bila harga perlu diperbetulkan?

Apabila asking price terlalu jauh daripada bukti pasaran atau berisiko menyukarkan pembiayaan buyer. Tujuannya bukan menekan harga pemilik tetapi menjaga momentum jualan.

REN27528 Registered Real Estate Negotiator
15+ tahun Pengalaman dalam pasaran hartanah
2,500+ Pemilik pernah dibantu
1,000+ Transaksi sepanjang pengalaman
Untuk perkara yang memerlukan keputusan undang-undang, percukaian, pertikaian hak milik atau penilaian rasmi, proses perlu dirujuk kepada peguam, jurunilai atau profesional berkaitan.
Knowledge Network

Selepas faham apa itu Iskandar Malaysia, pilih panduan ikut masalah sebenar.

Pautan ini disusun sebagai rangka pengetahuan silang tiga laman supaya pembaca boleh bergerak daripada konteks kawasan kepada nilai, harga, buyer dan proses jualan.

Rujukan

Fakta utama Iskandar Malaysia dirujuk kepada sumber berkaitan.

Iskandar Malaysia & JS-SEZ

Iskandar Regional Development Authority — About Iskandar Malaysia : rujukan keluasan wilayah, pihak berkuasa tempatan dan struktur Iskandar Malaysia.

IRDA — Invest & Work : rujukan populasi, sektor ekonomi dan konektiviti wilayah.

Kementerian Kewangan Malaysia — JS-SEZ Incentive Package : pakej insentif bagi aktiviti pelaburan yang layak.

Nota kepada pemilik

Pembangunan ekonomi memberi konteks kepada permintaan tetapi tidak menggantikan laporan penilaian atau bukti transaksi setempat.

Untuk menentukan harga bagi alamat tertentu, perbandingan perlu dibuat berdasarkan jenis hartanah, lokasi mikro, saiz, kondisi, status hak milik, transaksi, persaingan pasaran serta kemampuan pembiayaan buyer.

Soalan Lazim

FAQ Apa Itu Iskandar Malaysia

Apa itu Iskandar Malaysia?

Iskandar Malaysia ialah wilayah pembangunan ekonomi di selatan Johor yang meliputi kira-kira 2,300 km² dan merangkumi beberapa koridor pembangunan utama di sekitar Johor Bahru, Iskandar Puteri, Pasir Gudang, Senai, Skudai, Kulai serta kawasan barat Johor Selatan.

Adakah Iskandar Malaysia sama dengan Iskandar Puteri?

Tidak. Iskandar Puteri ialah salah satu komponen penting dalam Iskandar Malaysia. Iskandar Malaysia mempunyai skop wilayah yang lebih besar dan turut meliputi beberapa kawasan pembangunan lain.

Adakah semua rumah dalam Iskandar Malaysia akan naik harga?

Tidak semestinya. Harga dan permintaan hartanah bergantung kepada micro market, jenis rumah, transaksi, akses, kondisi, bekalan pesaing, status hak milik, kadar sewa dan kemampuan buyer.

Apa kaitan JS-SEZ dengan Iskandar Malaysia?

Iskandar Malaysia berada dalam konteks pembangunan ekonomi Johor-Singapura yang semakin rapat melalui JS-SEZ. Ia boleh menambah aktiviti pelaburan dan pekerjaan tetapi kesannya terhadap setiap hartanah tetap berbeza mengikut lokasi.

Adakah rumah dekat RTS atau Singapura automatik mempunyai market value tinggi?

Tidak. Akses ialah salah satu faktor sahaja. Market value masih memerlukan semakan transaksi, jenis hartanah, usia bangunan, parking, maintenance, kondisi, persaingan dan kemampuan pembeli.

Bagaimana saya tahu harga rumah saya?

Bandingkan transaksi yang relevan, indikasi bank, kondisi, saiz tanah, built-up, status hak milik, renovation dan listing yang benar-benar bersaing dalam micro market yang sama.

Kenapa pilih Adi untuk jual rumah di Johor?

Adi Zaini REN27528 membantu pemilik menyusun semakan nilai, strategi harga, positioning iklan, saringan buyer, rundingan dan koordinasi proses supaya keputusan dibuat berdasarkan keadaan pasaran sebenar.

Adakah Adi boleh bantu jika rumah sudah lama tak terjual?

Boleh dibuat semakan semula terhadap asking price, presentation, buyer target, kekuatan rumah, persaingan listing dan maklum balas pasaran untuk mengenal pasti punca rumah tidak bergerak.

Sewa, beli atau jual?

Rumah anda dalam Iskandar Malaysia — tetapi berapa nilai sebenar dan siapa buyer yang sesuai?

Hantar nama taman atau lokasi rumah. Semak micro market dahulu sebelum menetapkan harga atau menerima offer.

WhatsApp Adi