Kes 01 / Rumah lama tak terjual“Iklan dah lama, viewing pun kurang.”
Jangan tambah iklan yang sama sebelum
memahami harga pesaing, gambar pertama,
keadaan rumah, akses lawatan dan respons pembeli.
Adi akan buat: Audit harga, persembahan dan sebab pembeli
berhenti pada peringkat tertentu.
Kes 02 / Offer rendah“Buyer nak kurang banyak. Patut terima?”
Tawaran rendah tidak boleh dinilai melalui emosi sahaja.
Bandingkan dengan transaksi relevan,
tempoh menjual dan hasil bersih selepas kos.
Adi akan buat: Uji tawaran melalui bukti dan bantu
rangka pilihan rundingan.
Kes 03 / Bank value tak cukup“Buyer suka rumah, tetapi valuation lain.”
Nilai bank mungkin berbeza daripada harga dipersetujui.
Jurang itu boleh menambah keperluan tunai pembeli
dan menjejaskan kelulusan.
Adi akan buat: Semak risiko pembiayaan dan alternatif yang realistik
bersama pembeli atau bank.
Kes 04 / Baki pinjaman tinggi“Kalau jual, berapa sebenarnya saya dapat?”
Harga SPA bukan jumlah yang terus masuk akaun.
Penebusan, fi, tunggakan dan cukai yang terpakai
perlu dinilai dahulu.
Adi akan buat: Susun anggaran hasil bersih berdasarkan dokumen
dan kos yang disahkan.
Kes 05 / Pusaka, strata, consent“Dokumen rumah belum selesai.”
Ada kes yang memerlukan pentadbir,
peguam, persetujuan waris atau kelulusan
pihak berkuasa sebelum transaksi boleh diteruskan.
Adi akan buat: Kenal pasti isu awal dan menyelaraskan
urutan tindakan dengan peguam.
Kes 06 / Rumah masih ada penyewa“Boleh jual tanpa ganggu penyewa?”
Terma tenancy, notis, jadual lawatan
dan tarikh milikan kosong perlu diurus
selaras dengan perjanjian yang berkuat kuasa.
Adi akan buat: Merancang komunikasi, akses dan serahan
dengan lebih tersusun.