Panduan KWSP Si Mati Penama • Waris • Pusaka Kemas Kini 2026
Panduan keluarga & waris di Malaysia

KWSP Si Mati: Cara Waris Tuntut Simpanan, Penama, Bantuan Kematian & Urusan Rumah

Apabila ahli KWSP meninggal dunia, waris biasanya berdepan dua urusan besar: tuntutan simpanan KWSP dan pengurusan harta keluarga seperti rumah, pinjaman, pusaka, geran, cukai serta nilai semasa hartanah.

17+ Tahun pengalaman urusan hartanah Johor
2,500+ Pemilik dibantu semak & susun strategi
A-Z Nilai, dokumen, buyer, bank & peguam
Johor Fokus JB, Pasir Gudang, Kulai & sekitar
Dokumen kewangan dan pusaka untuk tuntutan KWSP si mati
KWSP si mati bukan sekadar borang. Ia berkait dengan penama, waris, surat kuasa, harta pusaka dan keputusan kewangan keluarga.
Maksud asas

Apa Maksud KWSP Si Mati?

“KWSP si mati” merujuk kepada simpanan KWSP ahli yang telah meninggal dunia dan perlu dituntut melalui prosedur Pengeluaran Kematian. Dalam keadaan tertentu, waris juga mungkin layak memohon Bantuan Kematian KWSP sebanyak RM2,500, tertakluk kepada syarat dan budi bicara KWSP.

1
Simpanan KWSP Ahli

Jumlah simpanan ahli yang boleh dikeluarkan mengikut status penamaan, bahagian penamaan atau prosedur tanpa penamaan.

2
Bantuan Kematian

Bayaran ihsan berasingan daripada simpanan KWSP. Ia membantu waris tanggungan yang layak, khususnya untuk kos awal selepas kematian.

3
Urusan Harta Lain

Jika si mati ada rumah, tanah, pinjaman bank, LPPSA, strata, bumi lot atau pusaka, urusan hartanah perlu disusun awal supaya tidak tertangguh.

Penting sebelum bertindak

2 Soalan Pertama Yang Waris Perlu Jawab

Sebelum tanya “macam mana nak keluarkan KWSP si mati?”, waris perlu tahu dahulu sama ada ahli ada membuat penamaan KWSP atau tidak. Jawapan ini menentukan siapa yang boleh memohon dan dokumen apa yang akan menjadi kritikal.

Nota penting: Penama KWSP bukan semestinya sama fungsi untuk semua agama. Bagi ahli Islam, penama bertindak sebagai wasi atau pentadbir untuk mengurus dan mengagihkan mengikut hukum yang terpakai. Bagi bukan Islam, penama lazimnya benefisiari yang menerima mengikut penamaan.

Semakan pantas

  • Adakah ahli KWSP ada penama yang masih hidup?
  • Adakah penama berumur 18 tahun ke atas?
  • Adakah ahli beragama Islam atau bukan Islam?
  • Adakah ahli meninggal sebelum umur 60 tahun?
  • Adakah permohonan Bantuan Kematian masih dalam tempoh 6 bulan?
  • Adakah si mati ada rumah, loan, geran, strata atau pusaka belum selesai?
Dengan penamaan

Jika Si Mati Ada Penama KWSP

Kes yang ada penamaan biasanya lebih mudah kerana KWSP sudah ada rekod pihak yang dinamakan. Namun, waris tetap perlu faham peranan penama, umur penama, status agama ahli dan dokumen sokongan yang diperlukan.

Siapa boleh memohon?

Untuk kes dengan penamaan, penama berumur 18 tahun dan ke atas boleh memohon Pengeluaran Kematian. Jumlah yang dibayar adalah mengikut bahagian penamaan yang dibuat oleh ahli KWSP.

  • Penama perlu bawa dokumen pengenalan diri.
  • Perlu ada sijil kematian ahli.
  • Perlu isi borang KWSP berkaitan Pengeluaran Kematian.
  • Jika penama meninggal dunia, prosedur berbeza mengikut status ahli dan masa kematian penama.

Islam vs bukan Islam

Kategori ahliFungsi penamaKesan praktikal
Ahli IslamPenama bertindak sebagai wasi atau pentadbir.Wang perlu diurus dan diagihkan kepada waris yang berhak mengikut undang-undang Islam.
Ahli bukan IslamPenama bertindak sebagai benefisiari.Bayaran dibuat kepada penama mengikut bahagian penamaan.
ARB sebagai penama / pentadbirAmanah Raya Berhad boleh dilantik untuk mengurus 100% simpanan.Sesuai dipertimbangkan jika waris ramai, anak bawah umur atau keluarga mahu pentadbiran lebih tersusun.
Tip keluarga: Jika penama sudah terima wang KWSP tetapi si mati ada rumah, hutang, pusaka atau waris lain, jangan buat keputusan besar secara tergesa-gesa. Semak dahulu kedudukan harta, baki pinjaman, nilai semasa dan dokumen undang-undang.
Tanpa penamaan

Jika Si Mati Tiada Penama KWSP

Tanpa penamaan, tuntutan boleh menjadi lebih panjang kerana KWSP perlu mengenal pasti pihak yang layak atau memerlukan dokumen pentadbiran pusaka. Waris perlu lebih teliti supaya proses tidak berulang-alik.

Ahli telah berkahwin

Bagi ahli yang telah berkahwin, pihak yang lazimnya berkaitan termasuk balu atau duda, anak-anak atau penjaga, ibu bapa, adik-beradik mengikut keadaan tertentu, atau Pentadbir Pusaka.

  • Sijil nikah atau sijil kahwin amat penting untuk pasangan.
  • Sijil lahir penting untuk anak atau ibu bapa.
  • Surat kuasa pentadbiran mungkin diperlukan jika simpanan besar atau waris ramai.

Ahli belum berkahwin

Bagi ahli belum berkahwin, ibu bapa, adik-beradik atau Pentadbir Pusaka boleh menjadi pihak berkaitan mengikut dokumen dan keadaan keluarga.

  • Sijil lahir ahli dan pemohon membantu buktikan pertalian.
  • Jika ibu bapa sudah meninggal, dokumen kematian waris tertentu mungkin diperlukan.
  • Jika timbul pertikaian, rujuk KWSP, Amanah Raya, pejabat pusaka atau peguam.

Jadual ringkas pembayaran tanpa penamaan

Jumlah simpanan KWSP si matiPermohonan kurang 2 bulan dari tarikh kematianPermohonan lebih 2 bulan dari tarikh kematianNota praktikal
RM2,500 atau kurangBayaran sekali gus.Bayaran sekali gus.Proses biasanya lebih ringkas jika dokumen lengkap.
Lebih RM2,500 hingga RM25,000Bayaran pertama RM2,500, baki selepas tempoh 2 bulan dari tarikh kematian.Bayaran sekali gus.Pastikan akaun bank pemohon aktif dan dokumen pertalian jelas.
Lebih RM25,000Bayaran pertama RM2,500, bayaran kedua RM22,500 selepas tempoh 2 bulan, baki berdasarkan Surat Pentadbiran Mahkamah / Institusi Perundangan / ARB.RM25,000 dahulu, baki berdasarkan Surat Pentadbiran Mahkamah / Institusi Perundangan / ARB.Kes ini biasanya perlukan pengurusan pusaka lebih tersusun.

Jadual ini ialah ringkasan umum untuk memudahkan pemahaman. Keputusan akhir tertakluk kepada semakan KWSP, status dokumen dan situasi waris.

Checklist dokumen

Dokumen Penting Untuk Tuntutan KWSP Si Mati

Dokumen yang tidak lengkap ialah antara sebab proses tuntutan menjadi lambat. Waris disarankan kumpul dokumen asas dahulu sebelum hadir ke KWSP.

A
Dokumen KWSP

Borang KWSP 9KM (AHL) dan senarai semak dokumen berkaitan Pengeluaran Kematian.

B
Dokumen si mati

Sijil kematian ahli, kad pengenalan ahli jika ada, sijil lahir, sijil nikah atau cerai jika diperlukan.

C
Dokumen pemohon

MyKad pemohon, bukti pertalian, sijil lahir, sijil nikah, maklumat bank aktif dan dokumen tambahan jika diminta.

D
Jika penama meninggal

Sijil kematian penama dan dokumen waris terdekat yang berkaitan.

E
Jika tiada penamaan

Surat Kuasa, Surat Pentadbiran Mahkamah, dokumen institusi perundangan atau Amanah Raya Berhad jika diperlukan.

F
Jika ada rumah

Geran, SPA, loan statement, cukai pintu, cukai tanah, bil utiliti, dokumen strata dan maklumat waris.

Rumah keluarga yang perlu diurus selepas kematian pemilik

Jika si mati ada rumah, jangan hanya fokus KWSP.

Rumah yang masih ada pinjaman, nama bersama, geran belum keluar, strata, consent, sekatan kepentingan atau waris ramai boleh memberi kesan kepada keputusan sama ada mahu kekalkan, sewakan, refinance atau jual.

Semakan dokumen kewangan keluarga selepas kematian ahli KWSP

Semak nilai sebelum buat keputusan.

Nilai rumah yang tepat membantu waris elak jual terlalu rendah, letak harga terlalu tinggi atau tersilap susun strategi pembayaran hutang keluarga.

Bantuan Kematian KWSP

Bantuan Kematian RM2,500: Apa Yang Waris Perlu Tahu

Bantuan Kematian ialah bayaran ihsan KWSP kepada waris tanggungan yang layak. Ia bukan sebahagian daripada simpanan KWSP ahli dan tertakluk kepada syarat serta budi bicara KWSP.

Syarat utama yang perlu diberi perhatian

  • Ahli meninggal dunia sebelum mencapai umur 60 tahun.
  • Ahli masih mempunyai simpanan KWSP.
  • Permohonan diterima dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli.
  • Waris tanggungan seperti balu, duda, anak atau ibu bapa tertakluk kepada status perkahwinan ahli.
  • Ahli ialah warganegara Malaysia, PR atau bukan warganegara yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998.

Siapa biasanya lebih sesuai memohon?

Bergantung kepada status ahli. Jika ahli berkahwin, pasangan biasanya menjadi pihak paling dekat. Jika tiada pasangan atau ahli bercerai, anak atau penjaga mungkin berkaitan. Jika ahli bujang, ibu atau bapa biasanya menjadi pihak utama.

Bantuan Kematian biasanya diproses bersama permohonan Pengeluaran Kematian. Waris tidak sepatutnya hanya tanya “dapat RM2,500 atau tidak”, tetapi perlu pastikan tuntutan simpanan KWSP juga dibuat dengan dokumen lengkap.
Langkah tersusun

Langkah Demi Langkah Urus KWSP Si Mati

Susunan ini membantu waris elak terlepas dokumen penting, terutama jika si mati ada simpanan KWSP, rumah, kereta, pinjaman, akaun bank atau harta bersama.

1

Dapatkan sijil kematian rasmi

Sijil kematian ialah dokumen asas untuk hampir semua urusan selepas kematian, termasuk KWSP, bank, insurans, pusaka dan hartanah.

2

Semak sama ada ahli ada penamaan KWSP

Jika ada penama, proses tuntutan biasanya lebih jelas. Jika tiada penama, waris perlu bersedia dengan dokumen pertalian dan mungkin dokumen pentadbiran pusaka.

3

Kumpul dokumen pemohon dan bukti pertalian

Sediakan MyKad pemohon, sijil lahir, sijil nikah, sijil cerai jika berkaitan, maklumat bank aktif dan dokumen sokongan lain.

4

Isi Borang KWSP 9KM (AHL)

Pastikan borang lengkap dan maklumat konsisten dengan dokumen. Kesilapan nama, nombor kad pengenalan atau hubungan keluarga boleh melambatkan proses.

5

Hadir ke pejabat KWSP atau ikut saluran manual KWSP

Pengeluaran Kematian lazimnya dibuat secara manual. Bawa dokumen asal untuk pengesahan dan salinan yang diperlukan.

6

Semak harta lain, terutama rumah

Jika si mati ada rumah di Johor, semak nama dalam geran, baki pinjaman, nilai pasaran, status cukai, strata, consent dan sama ada waris mahu jual, sewa atau kekalkan.

Mini decision guide

Keputusan Waris: Tuntut KWSP Sahaja, Atau Susun Sekali Harta Rumah?

Banyak keluarga selesai tuntutan KWSP, tetapi rumah si mati dibiarkan bertahun-tahun tanpa keputusan. Ini boleh menyebabkan tunggakan cukai, rumah rosak, waris bertambah, geran sukar diurus dan harga jualan tidak optimum.

Jika rumah masih ada loan

Semak MRTA/MRTT, baki pinjaman, tunggakan, insurans, nama peminjam dan status bayaran bulanan sebelum buat keputusan jual atau kekalkan.

Jika waris ramai

Elakkan seorang waris buat keputusan sendirian. Susun persetujuan, lantik wakil dan dapatkan panduan peguam/pusaka jika perlu.

Jika mahu jual rumah

Semak nilai pasaran, bank value, dokumen hak milik, status cukai dan profil pembeli supaya proses jualan tidak sangkut di tengah jalan.

Data micro kawasan Johor

Data Micro Kawasan: Kenapa Lokasi Rumah Si Mati Penting?

Jika si mati meninggalkan rumah di Johor, keputusan waris tidak boleh dibuat berdasarkan emosi sahaja. Setiap kawasan ada profil pembeli, tahap permintaan, jenis rumah, isu bank value dan tempoh jualan yang berbeza.

KawasanProfil permintaanIsu biasa harta keluargaStrategi waris
Johor BahruPermintaan lebih luas untuk landed, apartment matang dan rumah dekat bandar.Harga rujukan terlalu bercampur antara unit lama, renovate dan high-rise.Semak transaksi kawasan mikro, bukan hanya iklan online.
Pasir Gudang / MasaiRamai pembeli keluarga, pekerja industri dan pembeli rumah pertama.Rumah lama perlu repair, isu renovasi lama dan harga pesaing rapat.Letak harga ikut condition sebenar dan bukti market value.
Skudai / TampoiKuat untuk keluarga, akses bandar, institusi pendidikan dan kawasan matang.Geran, strata, kos rendah, rumah lama dan persaingan unit subsale.Pastikan dokumen strata/geran jelas sebelum terima booking.
Kulai / SenaiPermintaan dari pekerja industri, keluarga muda dan pembeli yang cari harga lebih mampu.Bank value boleh berbeza ikut taman, akses dan kondisi rumah.Target pembeli yang layak, bukan hanya pembeli paling tinggi offer.
Iskandar Puteri / NusajayaLebih sensitif kepada lokasi, akses, komuniti, developer dan fasiliti.Service apartment, strata, maintenance dan persaingan projek sekitar.Bezakan unit landed, condo, apartment dan serviced residence dalam strategi harga.
Ulu Tiram / Kota TinggiPermintaan lebih mikro mengikut taman, akses kerja dan kemudahan harian.Tempoh jualan boleh lebih panjang jika harga tidak tepat.Gunakan strategi iklan berasaskan buyer pool kawasan sekitar.
Batu Pahat / Muar / KluangLebih bergantung kepada taman, jenis rumah dan pembeli tempatan.Waris luar kawasan susah urus lawatan, repair dan dokumen.Lantik wakil urus paparan rumah, semakan nilai dan koordinasi pembeli.
Scenario waris

Scenario Yang Selalu Berlaku Dalam Kes KWSP Si Mati & Rumah Pusaka

Situasi sebenar keluarga jarang “straightforward”. Di bawah ialah contoh senario yang biasa berlaku apabila KWSP, pusaka dan rumah bertemu dalam satu masa.

01
Penama KWSP ada, tetapi rumah tiada penama

KWSP boleh diproses melalui penama, tetapi rumah tetap perlu ikut prosedur pusaka, geran dan persetujuan waris.

02
Si mati ada rumah nama bersama

Bahagian si mati dalam rumah masih perlu diurus. Nama bersama tidak semestinya bermaksud waris boleh terus jual tanpa dokumen lengkap.

03
Rumah masih ada baki loan

Perlu semak insurans pinjaman, tunggakan, baki bank dan sama ada rumah mampu dikekalkan oleh waris.

04
Waris tinggal luar Johor

Lawatan rumah, repair, kunci, pembeli dan peguam boleh jadi lambat jika tiada wakil berpengalaman di kawasan.

05
Rumah sudah lama kosong

Kos baik pulih, kebocoran, cat, elektrik dan kebersihan memberi kesan kepada persepsi pembeli dan nilai rundingan.

06
Ada waris tidak setuju jual

Keputusan perlu disusun dengan dokumen, nilai semasa dan pilihan jelas: jual, sewa, tebus bahagian atau kekalkan.

Kesilapan biasa

Kesilapan Waris Yang Boleh Melambatkan Urusan

Selepas kematian, banyak keputusan dibuat dalam keadaan emosi. Elakkan kesilapan ini supaya tuntutan KWSP dan urusan rumah tidak menjadi lebih rumit.

Kesilapan dalam tuntutan KWSP

  • Tidak semak status penamaan terlebih dahulu.
  • Datang ke KWSP tanpa dokumen asal dan salinan lengkap.
  • Tidak bawa bukti pertalian yang jelas.
  • Menganggap semua waris boleh tuntut walaupun ahli ada penama sah.
  • Terlupa tempoh 6 bulan untuk Bantuan Kematian.

Kesilapan dalam urusan rumah

  • Letak harga ikut “rasa sayang” bukan nilai pasaran.
  • Terima booking pembeli tanpa tapis loan dan kelayakan.
  • Tidak semak geran, sekatan, strata atau cukai tertunggak.
  • Jual murah kerana mahu cepat selesai tanpa strategi iklan.
  • Biarkan rumah kosong sampai rosak dan susut persepsi nilai.
Amaran praktikal: Jangan guna wang KWSP si mati atau hasil jualan rumah secara rawak sebelum jelas kedudukan waris, hutang, tuntutan pusaka dan arahan undang-undang. Untuk kes rumit, dapatkan nasihat KWSP, pejabat pusaka, Amanah Raya atau peguam.
Kenapa pilih Adi

Kenapa Ramai Waris Di Johor Pilih Adi Untuk Urusan Rumah Keluarga?

Urusan KWSP dibuat dengan KWSP. Tetapi apabila si mati ada rumah, waris perlukan orang hartanah yang faham nilai pasaran, dokumen jual beli, profil pembeli, bank value dan proses peguam. Di sinilah pengalaman Adi membantu keluarga buat keputusan yang lebih tersusun.

Semakan nilai lebih realistik

Adi bantu semak harga pasaran, bank value, condition rumah, transaksi sekitar dan strategi harga supaya waris tidak letak harga terlalu tinggi atau terlalu rendah.

Faham kes pusaka & waris ramai

Kes rumah keluarga perlukan susunan komunikasi yang kemas. Adi bantu terangkan proses jualan secara mudah supaya waris nampak pilihan dengan jelas.

Tapis pembeli awal

Buyer bukan sekadar berminat. Kelayakan bank, dokumen gaji, komitmen, deposit dan keseriusan perlu ditapis sebelum proses bergerak jauh.

Pemasaran premium

Foto, copywriting, portal, database buyer, jaringan ejen dan iklan digital membantu rumah keluarga dipersembahkan dengan lebih profesional.

Urusan A-Z

Daripada semakan awal, susunan dokumen, lawatan, rundingan, booking, bank, peguam hingga follow-up proses jual beli.

Fokus kawasan Johor

Pengalaman mikro kawasan membantu strategi lebih tepat untuk JB, Pasir Gudang, Masai, Skudai, Kulai, Ulu Tiram, Iskandar Puteri dan sekitar.

Soalan lazim

FAQ KWSP Si Mati

Jawapan ringkas untuk soalan yang kerap ditanya oleh waris selepas kematian ahli KWSP.

Adakah KWSP si mati boleh dituntut online?

Untuk Pengeluaran Kematian, permohonan biasanya dibuat secara manual melalui pejabat KWSP atau saluran yang ditetapkan KWSP. Waris perlu bawa borang dan dokumen sokongan yang lengkap.

Kalau ahli ada penama, bolehkah waris lain tuntut juga?

Jika ada penama sah, bayaran KWSP biasanya dibuat kepada penama mengikut bahagian penamaan. Bagi ahli Islam, penama bertindak sebagai wasi atau pentadbir dan perlu mengurus pengagihan kepada waris yang berhak mengikut undang-undang Islam.

Apakah Bantuan Kematian KWSP sama dengan simpanan KWSP?

Tidak. Bantuan Kematian ialah bayaran ihsan berasingan sebanyak RM2,500 kepada waris tanggungan yang layak, tertakluk kepada syarat dan budi bicara KWSP.

Jika tiada penama, adakah duit KWSP terus masuk Amanah Raya?

Tidak semestinya. Tuntutan tetap boleh dibuat mengikut prosedur Pengeluaran Kematian semasa. Untuk baki tertentu atau kes tanpa penamaan, Surat Pentadbiran Mahkamah, Institusi Perundangan atau Amanah Raya Berhad mungkin diperlukan.

Jika si mati ada rumah, adakah KWSP boleh terus digunakan untuk bayar loan rumah?

Waris perlu semak dahulu siapa penerima KWSP, siapa waris harta pusaka, baki pinjaman, insurans pinjaman, nama dalam geran dan status undang-undang rumah. Jangan buat bayaran besar tanpa memahami kedudukan harta dan waris.

Adakah rumah pusaka lebih baik dijual atau disimpan?

Ia bergantung kepada nilai semasa, baki hutang, kemampuan waris, jumlah waris, lokasi, kondisi rumah dan tujuan keluarga. Jika rumah kosong, rosak atau waris ramai, jualan tersusun mungkin lebih praktikal. Jika rumah masih diperlukan keluarga dan bayaran mampu ditanggung, kekalkan juga boleh dipertimbangkan.

Bincang secara tersusun

Si Mati Ada Rumah Di Johor? Semak Nilai & Dokumen Sebelum Waris Buat Keputusan.

Adi bantu waris semak nilai pasaran, status rumah, strategi jualan, dokumen awal, potensi pembeli dan proses jual beli supaya keputusan keluarga lebih jelas dan tidak dibuat secara tergesa-gesa.

Adi Zaini

Senior Negotiator REN27528

Fokus hartanah Johor, valuation, jual rumah, pusaka, LPPSA, bank value dan strategi pemasaran.

Ringkasan Akhir

KWSP si mati perlu diurus dengan memahami status penamaan, dokumen, kelayakan Bantuan Kematian dan prosedur tanpa penamaan. Jika si mati meninggalkan rumah, jangan tangguh semakan hartanah kerana rumah juga boleh menjadi aset besar keluarga, tetapi boleh bertukar menjadi beban jika waris tidak susun awal.

Untuk urusan KWSP, rujuk terus KWSP. Untuk urusan rumah di Johor, semak nilai, dokumen dan strategi jualan dengan Adi supaya keluarga nampak pilihan yang lebih jelas.

Penafian: Artikel ini bertujuan sebagai panduan umum. Untuk keputusan rasmi berkaitan KWSP, pusaka, faraid, mahkamah, Amanah Raya, cukai atau undang-undang, sila rujuk pihak berkuasa dan profesional berkaitan.