01 / TOTAL CASE MANAGEMENT Adi membaca keseluruhan kes.
Bukan sekadar satu listing.
Daripada harga pasaran, baki pinjaman,
deposit pembeli, bank valuation,
status hak milik, perjanjian jual beli
sehingga serahan kunci.
Setiap bahagian perlu bergerak
dalam arah yang sama supaya
transaksi berpeluang diselesaikan
dengan lebih teratur.
Value · Buyer · Documents · Completion
02 / MARKET VALUE Harga yang ada asas untuk dipertahankan.
Semakan mengambil kira jenis rumah,
keluasan, lokasi mikro, kondisi,
rujukan pasaran dan persaingan.
Bukan sekadar ikut harga tertinggi
yang dipaparkan dalam iklan jiran.
03 / FINANCIAL CLARITY Faham duit yang benar-benar tinggal.
Latar belakang perakaunan membantu
Adi melihat baki pembiayaan,
kos jualan, ruang rundingan
dan anggaran hasil bersih
sebelum pemilik membuat keputusan.
04 / BUYER SCREENING Pembeli ditapis sebelum masa terbuang.
Pembeli berminat tidak semestinya layak.
Deposit, komitmen, pendapatan,
kesediaan membeli dan kesesuaian
pembiayaan perlu diberi perhatian
sejak peringkat awal.
05 / PRESENTATION Rumah diberi sebab yang jelas untuk dibeli.
Gambar, copywriting, maklumat hartanah
dan selling points disusun
supaya pembeli mudah memahami
kelebihan rumah berbanding
pilihan lain di pasaran.
06 / RISK MANAGEMENT Masalah dokumen dikenal pasti lebih awal.
Pusaka, nama bersama, consent,
geran belum keluar, sekatan kepentingan,
kaveat dan penyewa boleh mempengaruhi
perjalanan pindah milik.
07 / TRANSACTION SUPPORT Kerja tidak berhenti apabila booking diterima.
Penilaian bank, pembiayaan pembeli,
SPA, penyelesaian baki pinjaman,
urusan peguam dan serahan
memerlukan penyelarasan
sehingga transaksi selesai.